Halaman

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Isnin, 22 Mac 2010

Nasihat ringkas emak saat itu.. kekuatan saat ini.




Meskipun kisah itu sudah lama berlalu,
tetapi nasihat ringkas dari emak itu semakin hidup dalam kehidupan,
menjadi bekal semangat yang tidak pernah habis untuk dijamah setiap kali berada dalam ujian kasihNya..
Subhanallah, Alhamdulillah..

Lafaz ringkas emak saat itu menjadi kekuatan saya sehingga saat ini..

"Terima lah jawatan itu selagi mana dapat dekatkan diri pada Allah" dengan nada yang tenang emak menasihati..

Alhamdulillah..
saya bersyukur taklifan yang bukan mudah itu
menjadi tarbiyyah terbaik untuk kehidupan saya..

HikmahNya pasti ada.. :)

'Ala kullihal..
moga dapat dikongsikan bersama-sama dengan sahabat-sahabat.
untuk manfaat Islam dan Iman kita..

Wallahu'alam...

--------------------------

janganlah pula disalahtafsir..
ini bukanlah formula utama
untuk mendekatkan diri kepada Allah..

cuma sifirnya lebih kurang beginilah..
apa-apa sahaja yang dilakukan,
selagi mana
kita yakin(sahih) dapat mendekatkan diri dengan Allah,
maka lakukanlah..

Justeru, kita tidak meminta jawatan.
namun bila diberikan taklifan..
usahakanlah agar dapat dilaksanakan..

Jika maksud kita menerima taklifan itu kerana Allah.
maka yang akan menolong dan membantu pastilah Allah..
itulah hipotisisnya..

----------------



Saya sedar saya akan diuji lagi.
takkan berhenti diuji..
Alhamdulillah..
KasihNya masih ada untuk hamba yang faqir dan hina seperti saya..
---------
Ini pula
perumpamaan baru untuk Da'ie..
klik sini untuk memahaminya..



http://img404.imageshack.us/img404/393/logotoofad2009.jpg
--------------------

Adakah diri dirindui oleh baginda....?



Jejak Bertapak..

Yang dirindui Rasulullah.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.


"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:


"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

-------------------------

Tea Plantation Part 3


Iman Ajaib.

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.